
Seorang pemain di atas padang perlu meninggalkan permainan selama seminit sekiranya penjaga gol pasukannya menerima rawatan pada musim depan.
Peraturan baharu itu merupakan usaha badan penganjur bola sepak England dalam menamatkan amalan ‘goalkeeper timeouts’ atau melengahkan masa dengan berpura-pura mendapatkan rawatan.
Persatuan Bola Sepak England (FA), English Premier League (EPL), English Football League (EFL) dan National League telah bersetuju untuk melaksanakan percubaan peraturan baharu itu selepas mendapat kelulusan daripada Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB).
Sebelum ini, WSL Football turut memutuskan pada Februari lalu untuk mengguna pakai percubaan tersebut bagi saingan dua divisyen tertinggi bola sepak wanita England bermula musim hadapan.
Peraturan Baharu Libatkan Kecederaan Penjaga Gol
Ketika ini, penjaga gol tidak perlu meninggalkan padang sekiranya menerima rawatan daripada pegawai fisioterapi di atas padang,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
