Menerusi laporan Berita Harian, penjawat awam yang berada berhampiran lokasi berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN dan beberapa mesyuarat besar yang berkaitan pada akhir bulan ini dibenarkan bekerja dari rumah.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata sejumlah sekolah yang berada dalam laluan Sidang Kemuncak ASEAN turut dibenarkan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sektor swasta yang berpangkalan dan mempunyai ibu pejabat di kawasan di mana akan berlangsungnya sidang kemuncak adalah digalakkan untuk membenarkan pekerja-pekerja mereka bekerja dari rumah.
“Dalam masa terdekat, pihak polis akan mengumumkan laluan-laluan utama yang akan digunakan antaranya membabitkan kawasan KLIA, Lapangan Terbang Subang dan Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang.
“Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan senarai penuh sekolah dalam masa terdekat,” katanya
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: