Site icon Kool FM

Penjawat Awam Rugi RM800,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam


Seorang penjawat awam wanita kerugian RM822,938 akibat diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar pegawai polis dan syarikat penghantaran barang sejak seminggu lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata polis menerima laporan daripada wanita berusia 33 tahun itu pada Rabu selepas mendapati wang dalam akaunnya telah berkurangan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata mangsa telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tempatan mengaku pekerja di pejabat pos di Perlis dan memaklumkan mangsa telah membuat kiriman barangan iaitu dokumen diri dan kad bank ke Miri, Sarawak.

“Lelaki terbabit memaklumkan kemungkinan maklumat peribadi mangsa digunakan orang lain sebelum mengarahkan wanita itu berhubung dengan dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Suspek turut mendakwa mangsa mempunyai rekod jenayah melibatkan kes pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah, serta meminta maklumat peribadi dan perbankan milik wanita itu,” katanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version