Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penjawat Awam Singapura Mengaku Tak Bersalah Pandu Maserati Berbahaya

today15 May 2025

Background
Penjawat Awam Singapura Mengaku Tak Bersalah Pandu Maserati Berbahaya


Pemandu Maserati warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kematian pengguna jalan raya di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pada minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Irshad Abdul Hameed, 27, yang juga seorang penjawat awam di republik berkenaan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid, petik Harian Metro.

Baca Juga:

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh memandu Maserati di jalan raya dengan cara berbahaya kepada pengguna jalan raya lain sehingga menyebabkan kematian A Vasanthraj, 32.

Penjawat Awam Singapura Mengaku Tak Bersalah Pandu Maserati Berbahaya

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 6.40 petang di Kilometer 0.6 Lebuhraya Linkedua, di sini, pada 9 Mei lalu.

Memetik laporan itu lagi, tertuduh boleh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan selain lesen memandu diendors oleh mahkamah.

Pemandu Maserati…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Qatar Airways akan beli 160 pesawat Boeing

Doha: Qatar Airways menandatangani perjanjian pembelian 160 pesawat dengan syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS), Boeing, sekali gus mencatatkan tempahan terbesar dalam sejarah pesawat badan lebar keluaran pengeluar itu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today15 May 2025