Sebahagian pengamal perubatan Islam sedia melakukan ruqyah secara dalam talian yang mana mereka akan merawat seseorang pesakit dengan hanya berhubung di dalam siaran TikTok atau media sosial lain.
Di sini, timbul satu persoalan adakah ia benar-benar efektif atau sekadar cara untuk meraih hadiah berupa wang yang boleh dijana menerusi siaran langsung.
Menurut Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah menerusi akaun TikToknya, keberkesanan doa dan ruqyah tidak bergantung pada medium seperti telefon atau TikTok.
Bagaimanapun, faktor utama yang menentukan keberkesanannya adalah niat dan keikhlasan.
“Kalau Allah kata, kamu mendoakan orang di TikTok live, meruqyahkan orang secara TikTok live, ada orang yang berkenaan angkat tangan dan berdoa, boleh tak? Boleh.
“Dengan izin Allah ia tidak mustahil (berkesan),” katanya menerusi perkongsian di TikTok.
Dr. Fadzilah Kamsah mengingatkan bahawa ada individu yang mengambil kesempatan dengan meminta hadiah maya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
