Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penjual Sekolahkan Gen Z Nak Minta Diskaun Harga Kereta Sampai Tak Masuk Akal

today1 November 2024

Background


Menerusi perkongsian di laman Facebook, lelaki itu berkongsi perbualan mesej bersama dengan seorang pelanggan.

Di dalam perbualan tersebut, pelanggan berkenaan meminta sama ada bolehkah dia mendapatkan diskaun untuk sebuah kereta yang berharga RM163,000 kepada RM100,000.

Terkejut mendengar harga diskaun yang ‘tidak masuk akal’, penjual berkenaan terus menolak permintaannya itu.

“Tak dapat dik, dari RM163K terus junam jadi RM100K. Maaf,” katanya.

Difahamkan, pelanggan terbabit memberitahu gaji bersihnya adalah sebanyak RM1,700 dan mahu membeli kereta Honda Civic FL1.

Malah, dia siap memberitahu bahawa penjual tersebut telah ‘menolak rezeki’ dan akan memberitahu rakan-rakannya untuk tidak membeli bersamanya.

Lihat perbualan di bawah:



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post