Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penonton Bertuah Calpis Soda OIAM Bakal Terima Hadiah Mingguan Kereta Peugeot Landtrek

today3 December 2024

Background


Untuk edisi kali ini, juara Calpis Soda OIAM bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000, sebuah kereta jenis Peugeot 408 GT dan kontrak rakaman bernilai RM400,000.

Menariknya lagi, hadiah lumayan juga bukan sahaja menanti peserta, tetapi para penonton turut berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan.

Rakan penaja iaitu jenama kenderaan antarabangsa, Peugeot bakal menghadiahkan kereta jenis Peugeot Landtrek pada setiap minggu buat tujuh penonton bertuah.

Menurut Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais, hadiah tersebut adalah sebagai tanda keterujaan mereka menjadi penaja bersama Calpis bagi program Calpis Soda OIAM.

“Peugeot Malaysia berasa amat teruja menjadi penaja hadiah mingguan dan hadiah utama untuk Calpis Soda OIAM, ia adalah sebuah platform yang memberi inspirasi kepada peserta untuk menembus sempadan dan mengejar impian mereka.

“Dengan tiga tonggak utama Allure, Emotion, dan Excellence, Peugeot Malaysia memberi sokongan penuh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post