PETALING JAYA – Syarikat pengeluar minuman teh tempatan, Beutea Holdings Sdn Bhd, (Beutea) komited memperluaskan pensijilan halal selepas banyak cawangan syarikat itu telah menerima pengiktirafan terbabit.
Pengarah Eksekutifnya, Jess Wong berkata, selaras dengan komitmen tersebut, pihaknya menyasarkan untuk membuka 300 cawangan di seluruh Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Beutea kini bersedia untuk pengembangan yang agresif. Daripada 70 cawangan kedai sedia ada sekarang, kita menyasarkan untuk meningkatkan jumlah cawangan ke hampir 300 lokasi dalam beberapa tahun akan datang dengan memanfaatkan pertumbuhan pesat pasaran halal di Malaysia.
“Dengan banyak cawangan telah menerima pensijilan halal, Beutea komited untuk meluaskan proses pensijilan ini secara berperingkat ke seluruh rangkaian, agar pelanggan Muslim di seluruh negara dapat menikmati minuman Beutea dengan penuh keyakinan,”katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Wong telah membawa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: