Site icon Kool FM

Pensijilan halal tingkat imej, jenama Yeo’s


PETALING JAYA – Pensijilan halal telah meningkatkan imej dan jenama Yeo’s Malaysia (Yeo’s) sebagai sebuah syarikat makanan dan minuman terkemuka di pasaran antarabangsa.

Bagi mencapai tahap itu, syarikat sentiasa memberi keutamaan kepada operasi berkaitan halal yang memainkan peranan pen­ting dalam mengembangkan pasaran dan membina keyakinan pelanggan terhadap rangkaian produknya di Malaysia dan di luar negara.

Pengurus Kanan Pematuhan Halal Yeo’s, Razana Mat Saad berkata, pensijilan halal melibatkan tadbir urus yang terpe­rinci dan semua jenama mesti mematuhi peraturan ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Selain memenuhi kehendak pasaran Malaysia, hari ini Yeo’s juga tampil sebagai pusat pembuatan dan pengedaran global yang penting ke Indonesia, New Zealand, Australia, Eropah, Indochina dan Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Razana menjelaskan, pihak­nya mempunyai sistem yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version