Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penumpang Terharu Pemandu Grab Sanggup Tunggu Dia Naik Tangga Dahulu Sebelum Beredar

today23 December 2025

Background
Penumpang Terharu Pemandu Grab Sanggup Tunggu Dia Naik Tangga Dahulu Sebelum Beredar


Tindakan seorang pemandu e-hailing – Grab – telah membuatkan seorang penumpang wanita rasa terharu.

Ini kerana pemandu Grab tersebut sanggup untuk menunggu wanita itu naik tangga dahulu, baru dia bergerak daripada lokasi menurunkan penumpang.

Wanita itu menyatakan bahawa, dia balik kerja dalam 10.30 malam. Dan tempat dia turun memang agak gelap, namun dia sudah terbiasa dengannya.

Tetapi tindakan pemandu Grab pada hari itu benar benar menyentuh hatinya.

Wanita itu menulis: “Balik kerja tadi naik Grab dalam pukul 10:30 malam.

“Encik Grab mendapati tempat saya turun agak gelak. Dan menawarkan dirinya untuk turun sekali mengiringi saya,

“Namun saya berkata tidak mengapa sebab saya sudah terbiasa,

“Kemudian saya perasan bahawa dia tunggu saya sampai naik tanggan [baru dia beredar].

“Terima kasih, semoga lampu isyarat selalu hijau dan rezeki melimpah ruah.”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post