Gombak: Penumpang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dan dicabul pemandu e-hailing di Batu Caves di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian itu berlaku pada 6.30 petang ketika mangsa yang berusia 23 tahun menaiki kenderaan e-hailing berkenaan.
“Mangsa menaiki Perodua Axia yang dipandu suspek lelaki dari tempat kerjanya di Solaris Hartamas untuk pulang ke rumahnya di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
“Bagaimanapun, suspek membawa pengadu…