Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggang bersama kakaknya dilanggar kereta yang dipandu remaja perempuan berusia 14 tahun, semalam.
Dalam kejadian di Jalan Kuala Kedah berhampiran stesen minyak di sini, Nur Syafiqah Abdullah, 32, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kakaknya, Nooraliza, 43, cedera.
Memetik laporan Buletin TV3 dua beradik itu peniaga yang beralamat di Kampung Ulu, Kuala Kedah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya dimaklum kemalangan itu pada 7.05 malam dengan motosikal ditunggang mangsa dari arah lampu isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta yang dari arah bertentangan mangsa hilang kawalan, terbabas dan memasuki laluan mangsa sebelum merempuh motosikal mereka.
“Berikutan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng cedera di badan….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: