Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Penyahsenaraian Boustead beri sinar baharu kepada Kumpulan

today15 June 2023

Background


PETALING JAYA – Langkah penyahsenaraian Kumpulan Boustead Holdings Berhad (Boustead) bakal memberi sinar baharu kepada Kumpulan, demikian menurut Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ahmad Nazim Abd. Rahman.

Menurut beliau, langkah untuk ‘reset’ Boustead akan dilaksanakan dengan sempurna seiring dengan objektif dan tanggungjawab serta mampan bagi memperoleh nilai untuk masa depan.

“Di bawah struktur pegangan saham yang baharu ini, Kumpulan akan membawa strategi baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang  untuk memperkasakan usaha transformasi Kumpulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena mesyuarat agung tahunan kali ke-61 Kumpulan yang diadakan secara online.

Pada 12 Jun lalu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pengambilalihan Boustead telah dimuktamadkan dan selepas itu Kumpulan akan mengambil langkah seterusnya untuk menghantar permohonan kepada Bursa Securities untuk dinyahsenarai daripada status penyenaraian.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post