Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penyanyi Legenda, M. Daud Kilau Meninggal Dunia

today18 December 2023

Background
Penyanyi Lagenda M. Daud Kilau Meninggal Dunia


Penyanyi legenda serta Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia pada pukul 4.46 petang di Hospital Teluk Intan, Perak, sebentar tadi, lapor Kosmo.

Berita itu disampaikan oleh menantunya, Hassan Ahmad. Beliau memaklumkan bahawa bapa mertuanya itu sememangnya sudah lama menderita dengan pelbagai komplikasi penyakit.

“Beliau ada banyak komplikasi penyakit termasuk kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Baru-baru ini, beliau dimasukkan ke hospital dan keadaan kesihatan terus merosot sejak itu.

“Sejak tiga hari lalu, keadaannya makin teruk dan mula meracau. Kondisi kencing manis yang dihidapi pula semakin merebak dan kronik,” katanya ketika dihubungi Kosmo sebentar tadi.

Tambah beliau, doktor sepatutnya mahu melakukan pembedahan memotong kedua-dua kaki pada hari ini namun tidak dapat dilakukan selepas mendapati tekanan darah penyanyi itu tidak begitu stabil.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Hidalgo tinggalkan Kedah?

Alor Setar: Pemain sayap import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Manuel Hidalgo memberi 'isyarat' bakal meninggalkan pasukan itu dan memulakan pengalaman baharu bersama kelab lain musim depan.

today18 December 2023