Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penyanyi Pop Yeh Yeh, A Halim Meninggal Dunia

today9 May 2024

Background


Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A Halim atau nama sebenar, Halim Md Diah meninggal dunia di Hospital Penawar di sini, pada jam 10.01 pagi tadi.

Menurut Berita Harian, Allahyarham A Halim yang berusia 77 tahun dimasukkan ke hospital pada 7 petang semalam selepas mengadu sesak nafas.

Berita pemergian Allahyarham A Halim disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Nafiah, melalui kenyataan dikeluarkan.

Selain itu, Allahyarham A Halim mengalami lumpuh sebelah badan selepas diserang angin ahmar sejak lima tahun lalu.

Jenazah arwah A Halim akan dibawa ke Masjid Al Falah dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Cahaya, Masai, selepas Zohor.

Allahyarham A Halim sebelum ini tinggal bersama anak keduanya, Elly Halim di Seri Alam, di sini. A Halim mempunyai 22 cucu dan tiga cicit.

Sebelum ini, media melaporkan penyanyi dan pencipta lagu Kisah dan Tauladan itu tidak lagi dapat membuat persembahan kerana peti suara sudah rosak.

Sepanjang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post