Penyanyi veteran, Datuk Hail Amir, 77, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 4.24 petang, hari ini menurut laporan Harian Metro.
Perkara ini disahkan oleh anaknya, Cinta kepada rakan-rakan artis terdekat. Terdahulu, Cinta memaklumkan bapanya dimasukkan ke HKL kelmarin bagi menerima rawatan.
Menurutnya, doktor sudah memulakan rawatan dengan memberikan antibiotik bagi mengawal jangkitan terbabit.
Difahamkan pihak keluarga tidak membenarkan kehadiran pelawat dan meminta semua pihak mendoakan kesembuhan penyanyi dan pelakon terkenal era 70-an ini.
Hail atau nama sebenar, Abdul Hail Amir pernah dimasukkan ke hospital pada 2018 selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan dalam wad akibat masalah jantung.
Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Hail yang berasal dari Pulau Pinang, terkenal sebagai pasangan duet kepada penyanyi bersuara lunak, Uji Rashid.
Lagu popular mereka seperti Hujan, Menunggu Nasi Minyak, Antara Matamu dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
