Site icon Kool FM

‘Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2024 Teratur, Prestasi Kewangan Bertambah Baik’ – Ketua Audit Negara

'Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2024 Teratur, Prestasi Kewangan Bertambah Baik' – Ketua Audit Negara


Rekod perakaunan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berakhir 31 Dis 2024 diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini, kata Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Memetik laporan Bernama, Wan Suraya dalam kenyataan sempena pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 di Dewan Rakyat hari ini berkata secara keseluruhan prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun tersebut bertambah baik dengan penurunan defisit dan nisbah defisit kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 2023.

Beliau berkata Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan itu menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun tersebut dan sehubungan itu, Ketua Audit Negara telah memberikan Pendapat Tanpa Teguran dengan Perenggan Hal-hal Lain.

“Pada tahun lepas, defisit tersebut telah menunjukkan penurunan RM12.224 bilion kepada RM79.166 bilion berbanding RM91.390 bilion pada tahun…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version