Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Penyelenggara Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, Arcadin Services Sdn Bhd mengesahkan pihaknya telah membuat laporan polis terhadap Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) berikutan dakwaan berunsur fitnah yang dibuat oleh Presidennya, YB Khalid Abdul Samad pada 13 Julai lalu.
Khalid sebelum ini mendakwa pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) terpaksa ‘merempat’ berlatih di padang di Pudu Ulu selepas tidak dibenarkan menjalani latihan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras.
Beliau juga berkata pihak swasta yang diamanahkan untuk menyelenggara venue berkenaan didapati gagal menunaikan tanggungjawab sebaiknya hingga menimbulkan beberapa masalah terutama ketika saingan Piala AFC bulan lalu.
“Segala dakwaan itu adalah tidak tepat dan berunsur fitnah dengan memberi laporan yang salah kepada pihak media bagi memberi tanggapan buruk ke atas pentadbiran Arcadin di dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: