PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) mengumumkan peluasan rangka kerja penyelesaian ringgit-baht berkuat kuasa 1 Disember ini.
Ia sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperluaskan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian perdagangan dan pelaburan langsung antara Malaysia dengan Thailand.
Rangka kerja mutakhir itu termasuk meluaskan segmen pengguna yang layak dengan mengambil kira rakyat Malaysia dan Thailand yang menetap sama ada di Thailand atau Malaysia, selain merangkumi dasar pertukaran asing tambahan yang fleksibel seperti keperluan dokumen lebih ringkas.
Timbalan Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, langkah tersebut akan memberi akses yang lebih meluas kepada perkhidmatan kewangan dalam denominasi ringgit atau baht bagi individu dan perniagaan di kedua-dua negara.
“Melalui rangka kerja tersebut, rakyat Thailand yang menetap di Malaysia juga boleh menggunakan perkhidmatan ini.
“Peluasan ini akan merangsang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: