KUALA LUMPUR – Berpengalaman mencatat jualan dalam jumlah yang besar dengan melibatkan nilai sehingga jutaan ringgit pastinya membolehkan seseorang individu itu diberi keyakinan untuk mengemudikan operasi perniagaan sesebuah syarikat.
Bukan semua kakitangan khususnya dalam bahagian pemasaran dan promosi mampu mencapai rekod terbaik itu tetapi itulah kelebihan yang ada pada Nur Amalia Abdullah, 43, yang kini menjawat jawatan penting dalam sebuah syarikat pengeluaran produk penjagaan kecantikan yang semakin popular kini.
Wanita yang berasal dari Kuching, Sarawak itu kini diberi kepercayaan duduk di kerusi Pengurus Besar Nano Cosmetics HQ yang berperanan besar untuk memastikan segala operasi syarikat yang mula dibangunkan sejak tahun lalu berjalan lancar serta berterusan merancang pengembangan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Melalui sokongan daripada kakitangannya, Nano Cosmetics menyusun strategi untuk merancang operasi perniagaan, pengeluaran, promosi dan merekrut usahawan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
