Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) hari ini mengumumkan kemasukan pemain import baharu di posisi penyerang iaitu Herlison Caion de Sousa Ferreira bagi menggantikan tempat Ifedayo Olusegun yang menyertai pasukan lain musim depan.
Pemain dari Brazil itu mula menjinakkan diri dalam kancah bola sepak Asia sejak berusia 19 tahun lagi dengan bermain di Liga Korea bersama Gangwon FC dan kembali bermain pada di Korea Selatan tahun 2018 bermain di Daegu FC.
Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Thailand selama empat musim dari 2019 hingga 2021 bersama Navy FC, PT Prachuap FC, Chonburi FC, Suphanburi FC dan Muangkan United dengan mencatatkan jumlah keseluruhan 85 penampilan, 34 gol dan 13 bantuan gol.
Dengan pengalaman dan kebolehan yang dimilikinya, penyertaan Caion ke kem Gergasi Merah merupakan sesuatu yang menggembirakan menurut ketua jurulatih Selangor FC, Michael…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
