Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan penyerang import yang beraksi dalam Liga Divisyen Utama Itali, Serie A bakal menyertai pasukan tersebut bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.
TMJ memberikan bayangan tersebut selepas membalas ciapan seorang penyokong tegar Harimau Selatan, @juanbudiman melalui laman twitter.
I like Serie A
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) January 6, 2022
Bulan lalu, JDT mengumumkan khidmat pemain dari Argentina, Gonzalo Cabrera telah ditamatkan dan mereka kini sedang mencari penggantinya untuk berganding dengan penyerang utama, Bergson Da Silva dan pemain paling bernilai ABK 21, Arif Aiman di bahagian serangan.
Menurut TMJ, seorang lagi pemain penyerang import perlu dicari supaya Bergson tidak keseorangan supaya membantu menajamkan jentera serangan menentang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
