Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Revolusi bola sepak negara Jepun nampaknya hampir pasti mulai memasuki fasa seterusnya dimana sudah banyak kelab-kelab bola sepak eropah memberikan fokus kepada liga bola sepak remaja bawah 18 tahun dengan lebih serius.
Terkini, penyerang berusia 17 tahun iaitu Fukuda Shio dari Sekolah Tinggi Kamimura Gakuen di Kagoshima prefektur telah dipanggil untuk menjalani sesi percubaan bersama kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich.
Menurut beberapa maklumat dari media sukan Jepun, aksi Fukuda Shio ini sudah diperhatikan sejak beliau mula beraksi dengan skuad bawah 18 tahun musim lalu selepas ‘naik pangkat’ dari skuad bawah 15 tahun sekolah yang sama.

Dapat diperhatikan dengan jelas bahawa sudah ada beberapa pemain remaja Jepun yang sudah ‘langkah bendul’ kelab-kelab profesional J.League dan terus menyertai kelab-kelab di eropah yang mana perkara ini amat-amat jarang berlaku…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
