Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Penyerang muda skuad kebangsaan Indonesia, Bagus Kahfi bakal beraksi di Eropah apabila beliau sah menyertai salah satu kelab yang beraksi dalam saingan Liga Greece iaitu Asteras Tripolis.
Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana pemain itu menandatangani kontrak selama setahun sehingga musim panas 2023 dan bakal memakai jersi bernombor 88.
“Asteras Tripolis mengumumkan kerjasama dengan pemain Indonesia, Amiruddin Bagus Kahfi Alfikri. Dilahirkan di Magelang pada 16 Januari 2002, Bagus bermain sebagai penyerang dan beliau menandatangani kontrak sehingga musim panas 2023 dan akan memakai jersi bernombor 88,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab.
Bagus sebelum ini beraksi bersama pasukan muda kelab Eredivisie Belanda, FC Utrecht namun kontraknya tidak dilanjutkan oleh kelab divisyen dua itu sekaligus bergelar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
