Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Penyerang Prolifik Korea Selatan, Kim Shin-Wook Sah Sertai Lion City Sailors

today15 November 2021

Background
Kim Shin-wook




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Juara Liga Singapura musim 2021, Lion City Sailors hari ini mengumumkan bekas penyerang skuad Piala Dunia Korea Selatan, Kim Shin-wook sebagai pemain baharu bagi menghadapi musim 2022.

Mempunyai ketinggian 1.98 meter dan pemain tersebut ditandatangani secara percuma dari kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua dengan kontrak selama 3 tahun.

Beliau menjadi pilihan Lion City Sailors kerana mempunyai pengalaman luas di peringkat asia kerana mereka akan beraksi dalam saingan AFC Champions league (ACL) musim hadapan.

“Saya tertarik dengan projek Sailors yang bercita-cita tinggi. Saya dibentangkan dengan visi untuk membawa kelab ini ke tahap tertinggi dan sudah tentu saya mahu menjadi sebahagian daripadanya.

“Saya gembira kerana berpeluang membina sesuatu bersama Sailors dan saya tidak sabar untuk beraksi pada tahun yang akan datang,” kata Kim Shin-wook dalam kenyataan rasmi.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post

Nasional

Mohon peruntukan guna MyProjek mulai 1 Mac 2022

KUALA LUMPUR: Mana-mana kementerian, kerajaan negeri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak mendapat peruntukan kewangan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Bajet 2022 selepas membuat permohonan, boleh memohon semula mulai Mac tahun depan.

today15 November 2021