Kool FM

Penyewa Tak Dapat Deposit RM13,000, Tuan Rumah Tanda 300 Kerosakan Rumah


Seorang penyewa wanita di Thailand terkejut apabila tuan rumahnya enggan mengembalikan deposit sebanyak ฿110,000 (RM13,000) dengan alasan terdapat 300 kecacatan di rumah sewaannya, lapor MSN.

Penyewa wanita itu, yang tidak mendedahkan lokasi tepat rumah sewa tersebut, telah berpindah ke rumah itu ketika ia masih baru.

Namun, selepas menyerahkan semula rumah tersebut, dia dapati tuan rumah telah menanda setiap kecacatan dengan nota kuning (post-it notes) di seluruh rumah.

Penyewa

Dalam satu post yang tular di Facebook pada Khamis (30 Jan), wanita itu berkongsi gambar-gambar nota kuning yang melekat di dinding, lantai, dan bahagian lain rumah.

Kecacatan yang ditanda termasuk kesan calar, noda, dan lekukan kecil di dinding.

Tuan rumah bukan sahaja enggan mengembalikan deposit malah wanita itu menambah wang bagi membayar setiap kerosakan tersebut.

Usaha Memulihkan Rumah

Wanita itu kemudian mengambil inisiatif untuk membaiki kecacatan tersebut dengan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version