Debaran final Piala FA 2022 mula dirasai apabila jualan tiket perlawanan tersebut mendapat sambutan yang luar biasa daripada para penyokong Terengganu.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Ini dibuktikan apabila Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) semalam mengumumkan semua tiket yang diperuntukkan untuk penyokong mereka sudah habis dijual.
Senarai harga tiket perlawanan akhir Piala FA tahun ini dikekalkan seperti perlawanan akhir TM Piala Malaysia tahun lepas bermula dengan General Admission yang berharga RM50 dan RM70, Premium Granstand RM150 serta satu kategori baru VIP Grandstand RM200.
Namun, penyokong Terengganu sanggup bayar dengan harga tinggi kerana tidak mahu terlepas peluang menyaksikan perlawanan akhir menentang JDT pada 10 September di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Dimaklumkan oleh pihak Tickethotline sebentar tadi kesemua tiket bagi GA50, GA70, PG150 dan VIPG200 untuk penyokong Terengganu FC telah habis terjual. Terima kasih…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
