Kool FM

Pep Guardiola Hentam Penyokong Leeds Biadap Ejek Pemain Berbuka Puasa


Pep Guardiola tidak melepaskan peluang untuk mengambil beberapa minit daripada sidang medianya menghentam tindakan segelintir penyokong Leeds yang mengejek Omar Marmoush yang berbuka puasa.

Ketika aksi antara Leeds dan Man City semalam, jelas kedengaran bunyi ejekan penyokong Leeds yang mengejek dan menge-boo pemain yang berbuka puasa.

Omar Marmoush
Foto: X

Tindakan itu membuatkan Guardiola sangat kecewa kerana penyokong Leeds langsung tidak menghormati agama orang lain yang berbeza.

Pep Guardiola: ‘Hormati agama lain’

Pep Guardiola berkata: “Ada orang yang sedang berpuasa kerana Ramadan. Kenapa kamu boo apabila permainan dihentikan selama satu atau dua minit?

“Tunjukkan rasa hormat kepada agama lain! Kita hidup di dunia moden, bukan? Tengok apa yang sedang berlaku di dunia sekarang. Lihat apa yang berlaku hari ini.

“Mereka persoalkan boleh ke buat macam itu [pengadil menghentikan perlawanan untuk memberikan ruang kepada pemain beragama Islam berbuka…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version