Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Peraduan ‘Beli Cuckoo Menang Kondo’ dilanjutkan, hadiah meningkat RM3 juta

today5 October 2023

Background


PETALING JAYA – Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd. (Cuckoo International) melanjutkan Peraduan ‘Beli Cuckoo Menang Kondo’ bermula 1 Oktober lalu hingga 31 Disember depan sempena sambutan ulang tahun kesembilan syarikat tersebut.

Lebih menarik, hadiah yang ditawarkan juga meningkat daripada RM2 juta sebelum ini kepada RM3 juta pada edisi kali ini.

Cuckoo International berkata, peraduan itu juga menyaksikan pelbagai hadiah menarik baharu ditawarkan termasuk 90 hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 (naik daripada RM1,000 sebelum ini dan ditawarkan secara eksklusif untuk pelanggan sedia ada sahaja).

Hadiah lain termasuklah tiga unit Tesla Model 3, tiga buah kereta Proton Saga dan tiga unit Pangsapuri Servis EXSIM D’Terra.

Sementara itu, cabutan hadiah kini akan diadakan setiap bulan dan bukan setiap dua minggu seperti sebelum ini.

Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, Hoe Kian Choon berkata, selain melanjutkan peraduan terbesar itu, pihaknya turut melancarkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI


Previous post