Perak Bison melangkah ke separuh akhir saingan Sepak Takraw League (STL) 2024 Grand Prix (GP) Pulau Pinang selepas berjaya menundukkan Selangor Pistons hasil kemenangan 2-1, sebentar tadi.
Lebih menarik, ia merupakan kemenangan keempat berturut-turut dilakarkan Perak Bison ke atas Selangor Pistons selepas berakhirnya empat GP.
Baca Juga:
Membariskan Kritsada Sungvung dan Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin selaku tekong, Muhammad Noraizat Mohd Nordin (apit kanan) serta Aidil Aiman Azwawi (apit kiri), Perak Bison jelas memiliki kelebihan berdasarkan pengalaman luas trio tersebut.
Lawan mereka iaitu Zuhri Mohd Zain (tekong), Muhammad Ariff Daniel Mohd Aripin (apit kanan), Jefri Ahmad selaku apit kiri pada mulanya dapat memberikan saingan sengit hingga menang set kedua tetapi akhirnya terpaksa akur dengan kemampuan ‘abang senior’ mereka.
Perak Bison yang tewas pada aksi bertemu Negeri Sembilan Antlers pada saingan kumpulan semalam bagaimanapun…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
