Perak Bison menamatkan kempen STL 2025 di laman sendiri dengan penuh bergaya selepas berjaya menjuarai saingan GP Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh sebentar tadi.
Lebih manis kejayaan menundukkan Kelantan Warriors 2-0 itu turut dihadiri Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Membariskan Kritsada Sungvung (tekong), Muhammad Noraizat Nordin (apit kanan) dan apit kiri, Aidil Aiman Azwawi, Perak Bison jelas mengambil kesempatan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan mempamerkan aksi bertenaga.
Walaupun diberikan saingan sengit sepanjang perlawanan, regu berpengalaman itu menyerap tekanan dengan baik untuk memastikan kejayaan menjadi milik mereka buat pertama kali sejak format Grand Prix diperkenalkan pada tahun lalu dengan kemenangan 15-11, 15-12.
Dengan kejayaan manis tersebut, kem Perak Bison berjaya menggondol hadiah kemenangan wang tunai bernilai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
