Kool FM

Perak Bison Ke Separuh Akhir Selepas Atasi Bomba Fighters


Perak Bison meneruskan rentak cemerlang apabila menundukkan Bomba Fighters 2-1 pada aksi kumpulan C Sepaktakraw League (STL) 2025 bagi Grand Prix (GP) Negeri Sembilan yang berlangsung di N9 Arena, Nilai sebentar tadi.

Kemenangan kedua berturut-turut yang dilakarkan itu sekali gus telah membawa Perak Bison ke separuh akhir dimana semalam mereka menundukkan Terengganu Turtles 2-0.

Baca Juga:

Pengendali pasukan, Dzafril Anuar membuat pertukaran apabila merehatkan apit kanan utama, Muhammad Noraizat Nordin untuk membariskan Madzrul Aziq Mat Tahir bersama-sama Kritsada Sungvung dan Aidil Aiman Azwawi.

Perak Bison

Manakala Bomba Fighters pula meletakkan kepercayaan terhadap Harith Aiman Hanizam (tekong),  Rusdee Leerem (apit kanan) dan apit kiri, Nik Muhammad Afiq Mazlan untuk memulakan saingan.

Perak Bison bagaimanapun tersentak pada set pertama apabila Bomba Fighters tampil dengan lebih baik apabila bangkit daripada ketinggalan 1-4 dan kemudiannya memimpin…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version