Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Perak Cemerlang Muncul Juara Piala Tun Ali 2023

today19 November 2023

Background


Perak muncul juara kejohanan sepak takraw Piala Tun Ali 2023 kategori antara regu selepas berjaya mengenepikan cabaran hebat Negeri Sembilan pada aksi final yang berlangsung di Bukit Serindit, Melaka sebentar tadi.

Kemenangan manis dikecapi itu turut membalas kekalahan Perak di tangan lawan sama ketika peringkat kumpulan serta perlawanan akhir STL Champions Cup 2023.

Sesuai dengan status perlawanan akhir, aksi Perak dan Negeri Sembilan jelas amat mendebarkan ribuan peminat yang memenuhi segenap ruang di Dewan Bola Keranjang MBMB itu.

Ia dibuktikan dengan aksi cukup memukau ditampilkan oleh kedua-dua regu yang menyaksikan Perak dibarisi Jakkrit Thinbangbon selaku tekong, Noraizat Nordin (perejam) serta Aidil Aiman Azwawi (pengumpan) manakala Negeri Sembilan pula menyandarkan harapan kepada Haziq Hairul Nizam (tekong), Muhammad Hafizul Hayazi Adnan (perejam) dan Zuleffendi Sumari selaku pengumpan.

Bermula dengan kelebihan 4-0 dimiliki Negeri Sembilan, aksi kemudiannya cukup…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Utamakan layak ke Olimpik 2024 – Boon Heong

Kuala Lumpur: Bekas pemain beregu lelaki negara, Tan Boon Heong berpendapat ketika ini sasaran utama adalah layak ke Olimpik Paris 2024 lebih penting berbanding ke Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).

today19 November 2023