Melihatkan kepada kejayaan penganjuran Piala Dato Seri Azim pada tahun lalu dalam mencungkil bakat baharu, Perak FC mengambil inisiatif dalam meneruskan kejohanan tersebut yang kini dikenali sebagai Piala Cheetah 2023.
Piala Cheetah bakal melibatkan penyertaan pemain dalam lingkungan usia 17 hingga 19 tahun dengan matlamat untuk mencari pemain berkualiti untuk memperkuatkan skuad Piala Presiden dan Piala Belia Perak bagi menghadapi musim 2024.
Artikel Berkaitan:
Difahamkan sejumlah 24 pasukan dari seluruh negeri Perak akan dibahagikan kepada zon utara, zon tengah dan zon selatan.
Pertandingan bagi peringkat zon utara akan berlangsung pada 9 Disember di Institut Latihan Teknologi (ADTEC) Taiping dimana melibatkan Manjung United, ADTEC FC, Legasi Setiakawan FC, MR8 FC, Batu Kurau FC dan PencintaSetia FC.
Seminggu kemudian, aksi di zon tengah pula diadakan dengan Universiti Teknologi Petronas menjadi lokasi pertandingan dengan penyertaan sembilan pasukan seperti Ashby Rovers, USAS…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: