Site icon Kool FM

Perak Kejutkan KL City 2-0 Dalam Aksi Pertama Pusingan 16 Piala Malaysia 2025/26

Perak


Perak mencipta kejutan dalam aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2025/26 selepas menundukkan KL City FC 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung sebentar tadi.

Berdepan lawan yang merupakan pasukan tangga ketiga Liga Super langsung tidak merentap semangat juang anak-anak buah Syamsul Mohd Saad untuk mempamerkan karakter sebenar mereka.

Penyokong Perak melonjak kegembiraan seawal minit ke-10 apabila Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil tidak melepaskan peluang membuka tirai jaringan.

Jaringan itu berpunca daripada hantaran jauh Kamal Arif Azrai tidak dapat dibaca pertahanan KL City yang membolehkan Ahmad Daniel Hakimi  meluru ke depan untuk menewaskan penjaga gol, Quincy Julian Kammerad.

Tersentak dengan gol awal tersebut, KL City memperkemaskan aksi untuk mendapatkan jaringan penyamaan. Namun penjaga gol Perak, Ahmad Syazwan Syazany Ahmad Shafei tangkas dalam memastikan gawangnya tidak dibolosi.

Ahmad Syazwan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version