Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Perak Lakar Kemenangan Sulung Selepas Tundukkan Kuching City

today12 March 2023

Background
Perak Kuching City


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Perak berjaya meraih kemenangan sulung dalam saingan Liga Super Malaysia 2023 apabila menundukkan Kuching City 2-0 pada aksi keempat yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

Kemenangan penting yang diraih anak buah Datuk Lim Teong Kim itu pastinya membuatkan para penyokong Perak tersenyum lebar selepas hanya mencatatkan dua keputusan seri dan satu kekalahan pada tiga aksi lalu.

Lebih menarik untuk diperkatakan, Perak masih belum dibolosi buat kali ketiga berturut-turut dalam saingan liga musim ini.

Keazaman untuk mengutip tiga mata penuh jelas terpancar apabila Perak mendapat peluang terbaik seawal minit kedua tetapi percubaan Seo Seonung selepas menerima hantaran Hadi Fayyadh Abdul Razak diselamatkan penjaga gol Kuching City, Shaiful Wazizi Mohammad.

Jaringan dinantikan kem Perak hadir pada minit ke-41 susulan rembatan Seonung yang gagal ditangkap kemas Shaiful Wazizi sekali gus melepasi celah kakinya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post