Perak mencipta sensasi pada aksi separuh akhir Piala Tun Ali 2023 selepas membenam cabaran skuad himpunan bintang, Kuala Lumpur ‘straight set’ pada aksi yang berlangsung di Bukit Serindit, sebentar tadi.
Kemenangan penuh bermakna dikecapi anak buah Dzafril Mohd Anuar itu sekali gus menyaksikan perlawanan akhir yang diadakan esok bakal menemukan Perak dan Negeri Sembilan.
Artikel Berkaitan:
Disiplin tinggi jelas dipamerkan trio Perak yang diperkuatkan dengan kehadiran Jakkrit Thinbangbon selaku tekong, Noraizat Nordin (perejam) dan Aidil Aiman Azwawi (pengumpan).
Saingan sengit yang diberikan trio tersebut jelas memberikan sedikit kesukaran buat Syahir Rosdi (tekong) dan Amirul Zazwan Amir (pengumpan) serta Thawisak Thongsai (perejam) untuk tampil dengan lebih baik.
Tambahan pula, Jakkrit beraksi dengan cukup cemerlang berbekalkan kepada lapan servis ‘ace’ yang dimiliki pada perlawanan ini.
Kuala Lumpur bagaimanapun bermula dengan baik apabila mendahului 7-3 pada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
