IPOH – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) merekodkan prestasi kewangan yang memberangsangkan tahun lalu apabila mencatatkan pendapatan sebanyak RM830 juta berbanding RM410.7 juta pada 2020.
Lonjakan itu dipengaruhi faktor peningkatan harga purata Minyak Sawit Mentah (MSM) daripada RM2,692 satu metrik tan kepada RM4,371.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, rizab dana Perak SADC turut merekodkan peningkatan sebanyak 62.2 peratus, iaitu daripada RM473 juta pada tahun 2020 kepada RM767 juta pada 2021.
“Nilai aset bersih Perak SADC dilaporkan melonjak daripada RM1.781 billion kepada RM2.068 billion tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 16 peratus,’’ katanya yang juga Pengerusi Perak SADC.
Beliau sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perak SADC di Ibu Pejabat Perak SADC di sini hari ini.

Saarani berkata, prestasi kewangan baik itu bukan sahaja membolehkan Perak SADC mengembangkan perniagaannya, tetapi juga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
