Perak memantapkan jentera tengah pasukan menjelang sepak mula Liga Super Malaysia 2024/25 selepas mengumumkan kehadiran pemain import kelahiran Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov.
Merupakan produk Akademi Besiktas, Adilet sebelum ini beraksi bersama Neftchi Kochkor-Ata dalam saingan Liga Perdana Kyrgyzstan.
Artikel Berkaitan:
Adilet telah diperkenalkan kepada para penyokong dalam Karnival Pelancaran Jersi ‘Home’ Perak FC 2024/2025 yang diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), sebentar tadi.
Pengesahan yang sekali gus menamatkan segala spekulasi berhubung kedatangannya ke Perak seperti dilaporkan wakil media-media tempatan sejak akhir-akhir ini.
Pemain berusia 21 tahun hadir ke Ipoh dengan status selaku ketua pasukan skuad bawah 23 tahun yang bersaing di temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.
Malah, beliau turut dipanggil menyertai skuad senior Kyrgyzstan ketika aksi persahabatan menentang Rusia pada 22 November 2022 tetapi Adilet hanya berada di bangku…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: