
Skuad kebangsaan Perancis mengesahkan status sebagai juara Kumpulan I selepas membelasah Norway 4-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia 2026.
Apa yang sepatutnya menjadi pertembungan antara dua kuasa besar Eropah bertukar menjadi pentas buat Ousmane Dembele apabila bintang Perancis itu meledak hat-trick dalam tempoh hanya 32 minit pertama perlawanan.
Perancis bermula garang apabila Dembele membuka jaringan seawal minit ketujuh hasil bantuan Kylian Mbappe. Beliau kemudian menggandakan kelebihan pada minit ke-20 sebelum melengkapkan hat-trick pada minit ke-32.
Norway sempat merapatkan jurang menerusi Thelo Aasgaard pada minit ke-21, namun mereka gagal memberikan tentangan bermakna selepas itu.
Malah, Jørgen Strand Larsen turut mensia-siakan peluang terbaik apabila sepakan penaltinya berjaya diselamatkan penjaga gol Perancis, Mike Maignan. Desire Doue melengkapkan kemenangan bergaya Perancis dengan gol keempat pada masa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: