Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Perancis Belasah Norway 4-1, Dembele Curi Tumpuan Dengan Hatrik

today27 June 2026

Background


Skuad kebangsaan Perancis mengesahkan status sebagai juara Kumpulan I selepas membelasah Norway 4-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia 2026.

Apa yang sepatutnya menjadi pertembungan antara dua kuasa besar Eropah bertukar menjadi pentas buat Ousmane Dembele apabila bintang Perancis itu meledak hat-trick dalam tempoh hanya 32 minit pertama perlawanan.

Perancis bermula garang apabila Dembele membuka jaringan seawal minit ketujuh hasil bantuan Kylian Mbappe. Beliau kemudian menggandakan kelebihan pada minit ke-20 sebelum melengkapkan hat-trick pada minit ke-32.

Norway sempat merapatkan jurang menerusi Thelo Aasgaard pada minit ke-21, namun mereka gagal memberikan tentangan bermakna selepas itu.

Malah, Jørgen Strand Larsen turut mensia-siakan peluang terbaik apabila sepakan penaltinya berjaya diselamatkan penjaga gol Perancis, Mike Maignan. Desire Doue melengkapkan kemenangan bergaya Perancis dengan gol keempat pada masa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post

Lelaki Mengaku Simpan & Mak*n Anggota Badan Manusia, Curi Mayat Dari Hospital & Kubur

Viral

Pekerja Hospital Curi & Makan Mayat Manusia

Seorang pekerja hospital di Budapest, Hungary ditahan pihak berkuasa selepas disyaki menyimpan dan memakan pelbagai anggota badan manusia. Artikel Berkaitan: Tak Jatuh Dari Bot Tapi Dibunuh? Kes Kematian Tangmo Nida Kembali Hangat, Wujud Dakwaan Pemalsuan Bukti Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kes Tikam 61 Kali: ‘Suspek Guna Kereta Ayah Untuk Bunuh Mangsa, Empat Kali Cuci Nak Hilangkan

today27 June 2026