
Lamine Yamal percaya Perancis sepatutnya lebih bimbang berbanding Sepanyol menjelang pertembungan hebat separuh akhir Piala Dunia 2026 nanti.
La Roja mengesahkan tempat ke kelompok empat terbaik selepas menewaskan Belgium 2-1 di Los Angeles dengan Mikel Merino yang masuk sebagai pemain gantian dan sekali lagi muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan.
Satu lagi tugas getir menanti skuad kendalian Luis de la Fuente kerana Perancis seperti diketahui tampil cukup garang pada saingan kali ini.
Lamine Yamal: Perancis Lebih Gentar
Keadaan itu bagaimanapun tidak dihiraukan Yamal dan mengakui Sepanyol tidak gentar dengan keadaan tersebut.
“Kalau ada sesiapa yang patut takut, ianya adalah mereka. Kami sudah menewaskan mereka [di Euro 2024 dan Liga Negara-Negara UEFA 2024-25].
“Kami adalah dua pasukan hebat, bagi saya dua yang terbaik, tetapi kami langsung tidak takut,” kata Lamine Yamal menurut sumber laporan beIN Sports.
Luis de la Fuente yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: