Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Perancis Singkir Maghribi Dan Mara Ke Separuh Akhir

today10 July 2026

Background
Piala Dunia 2026: Perancis Singkir Maghribi Dan Mara Ke Separuh Akhir


Perancis mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Maghribi 2-0 dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Boston.

Les Bleus yang merupakan antara pasukan pilihan kejohanan, mempamerkan persembahan yang cukup dominan apabila menguasai sebahagian besar permainan dan melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang Maghribi.

Walaupun beberapa peluang gagal disempurnakan, Perancis tetap berjaya memecah kebuntuan menerusi Kylian Mbappe sebelum Ousmane Dembele menambah jaringan untuk mengesahkan kemenangan.

Piala Dunia 2026: Perancis Singkir Maghribi Dan Mara Ke Separuh Akhir

Maghribi pula bergelut untuk keluar daripada tekanan tinggi yang dikenakan Perancis. Mereka juga tidak dapat mencipta peluang yang banyak dalam perlawanan ini.

Pasukan Atlas Lions hanya mampu menghasilkan beberapa percubaan sepanjang perlawanan dan jarang benar mengancam benteng lawan.

Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou, menjadi antara pemain terbaik pasukannya apabila melakukan beberapa aksi menyelamat penting yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post