Site icon Kool FM

Perayaan Kuih Bulan di Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan


PETALING JAYA – Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad menjemput orang ramai supaya hadir menyambut Festival Pertengahan Musim Luruh, yang juga kerap dikenali dengan nama Pesta Tanglung atau Perayaan Kuih Bulan pada 30 September dan 1 Oktober ini di Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan.

Bertemakan ‘Hong Kong Street’, acara dari pukul enam petang sehingga 10 malam itu akan dimulakan dengan perarakan lampu tanglung hiasan dan persembahan tarian tradisional untuk menandakan Festival Pertengahan Musim Luruh yang bermula pada hari ke-15 bulan lunar kelapan.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Matrix Concepts, Lim Kok Yee, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya dan terdapat banyak perayaan daripada pelbagai komuniti disambut oleh rakyat yang berbeza latar belakang serta etnik.

“Festival Pertengahan Musim Luruh telah menjadi sebahagian daripada pertukaran budaya ini, dengan orang ramai daripada komuniti berbeza menyertai perayaan untuk merasai pengalaman dan mengambil…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version