Site icon Kool FM

Percuma Anjur F1 Di Sepang, Malaysia Cuma Tanggung Belanja RM16 Juta Kos Baiki Trek

Percuma Anjur F1 Di Sepang, Malaysia Cuma Kena Belanja RM16 Juta Untuk Baiki Trek


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Malaysia tidak dikenakan sebarang bayaran pendaftaran oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) bagi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026.

Menurut beliau, penganjuran kejohanan berprestij itu di negara ini ditawarkan secara percuma, petik Buletin TV3.

“Alhamdulillah (penganjuran) ini setelah belasan tahun. Dulu kosnya ratusan juta masa kita anjurkan tahun 2017. Hari ini, kita anjur tanpa membayar kos pendaftaran kepada syarikat dan percuma,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, hari ini.

Beliau menambah bahawa kerajaan hanya perlu menampung perbelanjaan bagi kerja-kerja membaik pulih trek SIC, yang dianggarkan bernilai antara RM10 juta hingga RM16 juta.

“Orang lain anjur, perbelanjaannya ratusan juta atau minimum RM1 bilion. Kita diminta belanja RM16 juta (untuk baiki trek yang akan) menjadi tumpuan semua…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version