Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Perdagangan borong, runcit terus merudum

today12 August 2021

Background


PETALING JAYA – Prestasi perdagangan borong dan runcit negara terus mencatatkan kemerosotan pada Jun 2021 de­ngan kejatuhan 10.3 peratus tahun ke tahun kepada RM92.2 bilion, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, ia merupakan pertumbuhan terendah yang dicatatkan tahun ini berikutan pelaksanaan total lockdown setelah kes Covid-19 semakin teruk.

“Subsektor kenderaan bermotor paling terkesan, merudum 92.4 peratus atau RM11.2 bilion untuk mencatatkan nilai jualan hanya RM0.9 bilion.

“Perdagangan runcit jatuh 2.9 peratus atau RM1.2 bilion kepada RM40.6 bilion, namun perda­gangan borong meningkat 3.6 peratus atau RM1.8 bilion untuk mencapai RM50.7 bilion.

“Bagi perbandingan bulan ke bulan, nilai jualan menurun sebanyak 14.8 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd. Uzir seterusnya memaklumkan, indeks jualan runcit sebarang jenis produk melalui internet, yang menggambarkan aktiviti e-dagang merekodkan pertumbuhan 8.7 peratus…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

SOP baharu jejaskan sektor perkapalan di Labuan

PETALING JAYA – Pelaksa­naan prosedur operasi stan­dard (SOP) baharu yang dilihat tidak adil kepada Pulau Labuan bakal memberi kesan ketara kepada sektor ekonomi khususnya berkaitan syarikat perkapalan. Kebimbangan terhadap pros­pek ekonomi Labuan itu telah disuarakan oleh Gabu­ngan Sektor Ekonomi Labuan yang baharu ditubuhkan dan ia disertai oleh pelbagai persa­tuan dan perusahaan. Antaranya adalah Labuan Freight Forwarder Association, Sabah Shipping Agent Association, Malaysia Offshore Support Vessels Owners Association (MOSVA), Malaysia Shipow­ners’ […]

today12 August 2021