PETALING JAYA – Perdagangan rokok seludup dijangka terus meningkat dengan ketara sekiranya kerajaan mahu meneruskan rancangan untuk mengharamkan penjualaan rokok kepada individu yang lahir selepas tahun 2005.
Pendedahan ini diperoleh daripada tinjauan yang dijalankan Datametrics Research & Information Centre Sdn. Bhd. (DARE), sebuah badan pemikir Malaysia dan kaji selidik tersebut dilaksanakan oleh Green Zebras Sdn. Bhd. (Green Zebras), syarikat peneraju penyelidikan pasaran di Malaysia.
Mengulas lanjut mengenainya, Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Green Zebras, Steve Murphy berkata, cadangan tersebut juga akan turut menguntungkan sindiket jenayah.
“Sebanyak 94 peratus yang ditinjau percaya bahawa kos rokok seludup yang murah (berbanding rokok sah) merupakan pendorong utama bagi perokok untuk mencuba atau secara tetap memilih jenama rokok seludup dari masa ke semasa.
“Kira-kira 50 peratus rakyat yang ditinjau juga mengatakan bahawa wujudnya akses yang mudah dibeli di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
