Site icon Kool FM

Perdana Menteri Terima Ijazah Kedoktoran Kehormat Dalam Perubatan Dari Universiti Di Jepun




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Perubatan oleh Universiti Nihon, salah satu universiti swasta paling terkenal dan tertua di Jepun. Ijazah kehormat itu bertujuan untuk menghargai usaha dan sumbangan Ismail Sabri dalam memerangi COVID-19.

Memetik laporan Bernama, Ismail Sabri menerima ijazah kedoktoran kehormat daripada presiden Universiti Nihon Dr Naoto Kato di universiti di Itabashi, salah sebuah bandar di metropolis Tokyo semasa lawatan kerja rasmi enam harinya ke Jepun. Sambil merakamkan penghargaan atas darjah kebesaran itu, Perdana Menteri berkata ia bukan sahaja untuk beliau tetapi untuk seluruh Keluarga Malaysia yang selama ini bersolidariti dengan kerajaan dalam menghadapi pandemik itu.

“Sememangnya anugerah itu merupakan satu pengiktirafan besar bukan sahaja untuk saya tetapi untuk seluruh Keluarga Malaysia yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version