Lama dinantikan orang ramai seluruh rakyat Malaysia, akhirnya masa yang diimpikan telah tiba apabila Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan rentas negeri dibenarkan seluruh Malaysia bermula esok 11 Oktober 2021.
Menurut Perdana Menteri, beliau percaya ramai yang sudah lama menantikan saat ini dalam menantikan peluang untuk pulang ke kampung bertemu ibu bapa. Selain itu, aktiviti pelancongan juga turut dibenarkan buat orang ramai.
Dalam pada itu, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menyarankan agar orang ramai sentiasa mematuhi SOP dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 dalam negara.
Tular pada minggu ini apabila Mark Zuckerberg dilaporkan terpaksa menanggung rugi sebanyak RM29 bilion selepas platform kendalian beliau gagal diakses selama 6 jam.
Gagal Diakses Selama 6 Jam, Mark Zuckerberg Dilaporkan Rugi RM29 Bilion
Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen