Khairunnisa Nazri merupakan nama yang cukup dikenali dalam kalangan peminat bola jaring tanah air bersandarkan kepada ketajaman penyudahnya dalam mendapatkan mata.
Anak kelahiran Sungkai, Perak itu membuktikan kemampuan hebatnya dengan mengumpul 226 mata dalam kempen Netball Super League (NSL) 2025 tempoh hari yang menyaksikan pasukannya, Perak Phoenix menamatkan saingan di kedudukan keempat.
Baca Juga:
Jumlah mata dikumpul itu meletakkannya sebagai pemain keempat terbaik dibelakang Nasangga Shadiah (KL Wildcats), Maisarah Affandi (Putrajaya Dynamites) dan Thisala Tharani dari Pahang Tulips.

Statistik ringkas yang sudah cukup untuk menceritakan tentang kemampuan hebat Khairunnisa dalam menggalas tanggungjawab besar bersama Perak Phoenix.
Namun, semua yang dikecapi Khairunnisa itu tidak datang dengan mudah kerana beliau terpaksa berhempas-pulas untuk pulih daripada kecederaan dialaminya.
Kecederaan tersebut bukanlah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: